Polis kawal pintu masuk kebun haram musang king

Polis melakukan pemeriksaan semua aktiviti keluar masuk di pintu depan kebun haram di Batu Talam, Raub semalam.
Polis melakukan pemeriksaan semua aktiviti keluar masuk di pintu depan kebun haram di Batu Talam, Raub semalam.
A
A
A

RAUB - Polis memperketat kawalan di laluan keluar masuk kawasan kebun haram durian musang king di sekitar Hutan Simpan Kekal Batu Talam di sini pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintenden Nasir Ismail berkata, sebelum ini, pihaknya mendapati orang ramai atau pekebun haram dikesan memasuki kawasan itu.

"Keadaan terkini di lokasi itu terkawal. Hanya individu yang memiliki geran tanah berhampiran lokasi itu dibenarkan masuk ke kebun masing-masing," katanya.

Nasir berkata, terdapat lapan pos kawalan di kawasan itu bagi memantau keselamatan pasukan operasi yang memusnahkan kebun haram durian musang king di kawasan itu.

"Pasukan Gerakan Am (PGA) telah berada di kawasan itu bagi menjaga ketenteraman awam berikut kekecohan membabitkan pekebun durian haram.

"Orang ramai dinasihatkan jangan melakukan provokasi berkaitan isu ini," katanya.

Polis melakukan pemeriksaan semua aktiviti keluar masuk di pintu depan kebun haram di Batu Talam, Raub semalam.
Polis melakukan pemeriksaan semua aktiviti keluar masuk di pintu depan kebun haram di Batu Talam, Raub semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah anggota dan pegawai PGA setakat ini mencukupi untuk mengawal keadaan di kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

"Namun sekiranya ada ancaman baru, kami akan menambahkan kekuatan di sana dan pasukan PGA sentiasa bersiap siaga untuk tujuan tersebut," katanya.

Pada Isnin, Mahkamah Majistret Raub, membenarkan 18 pekebun durian haram musang king direman selama dua hari hingga Selasa untuk siasatan lanjut.

Semua mereka ditahan Ahad lalu, selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub.

Operasi memusnahkan kebun haram durian musang king di dalam Hutan Simpan Kekal Batu Talam itu bermula Ahad hingga 2 Ogos ini membabitkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia.