X

Kindly register in order to view this article
!

Pas ucap tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri baharu

Takiyuddin Hassan
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan seluruh kepemimpinan serta ahli-ahli Pas mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Takiyuddin berkata, Pas yakin pelantikan tersebut adalah amat tepat berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang menteri dan menteri kanan serta merupakan pemimpin UMNO.

“Pas yakin beliau dapat membantu Perdana Menteri dalam menguruskan negara terutama menjayakan Pelan Pemulihan Negara dalam berdepan pandemik Covid-19.

“Pas turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Beliau juga anggota kanan dalam kerajaan sebelum ini diyakini mampu berganding tenaga dengan semua anggota kabinet yang lain ke arah membawa Malaysia lebih dihormati di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!