X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

PM perlu ketepikan politik, utama kebajikan rakyat: Ku Li

Tengku Razaleigh pada program ‘Bersama Ku Li’ yang bersiaran secara langsung di Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu. - Foto Sinar Harian HALIM WAHID
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menasihati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengenepikan soal politik dan memberikan fokus kepada kebajikan rakyat.

Beliau berkata, Muhyiddin boleh meminta pertolongan daripada mana-mana pemimpin lain untuk mengemukakan pandangan atau cadangan mengenai usaha untuk membantu rakyat yang tersepit berikutan pandemik Covid-19.

“Saya rasa beliau (Muhyiddin) patut ketepikan politik. Tumpu kepada masalah rakyat. Itu yang paling penting. Ajaklah kita semua tolong. Kita boleh bagi pandangan. Nak pakai tak pakai itu lain kira.

“Sekurang-kurangnya ada input daripada kita. Bukanlah kita wajib memberi pandangan, tetapi boleh la juga dipertimbangkan kalau ada kerjasama,” katanya pada program Bersama Ku Li yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Program itu dimoderatorkan oleh tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh atau dikenali sebagai Ku Li berkata, kerjasama semua pihak juga penting dalam usaha memerangi wabak Covid-19 yang melanda negara kerana ia membabitkan soal hidup dan mati.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!