Polis Johor edar 300 bakul makanan kepada setiap IPD

Ayob Khan (kiri) bertanya khabar Maimunah (kanan) yang menerima sumbangan Op Bantu di rumahnya di Jalan Kebun Teh di sini pada Rabu.
Ayob Khan (kiri) bertanya khabar Maimunah (kanan) yang menerima sumbangan Op Bantu di rumahnya di Jalan Kebun Teh di sini pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menggerakkan Op Bantu dengan membekalkan 300 bakul makan kepada setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini untuk diagihkan individu yang memerlukan berikutan pandemik Covid-19.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sebanyak 13 IPD akan melaksanakan operasi terbabit yang turut dilakukan secara kerjasama strategik dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Kita tumpukan kepada ibu tunggal, golongan daif, Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka yang berpendapatan rendah. Op Bantu ini merupakan program berterusan, dengan setiap IPD akan bertindak membantu individu yang memerlukan.

"Justeru saya menyeru kepada semua yang masyarakat yang perlukan bantuan agar berhubung dengan polis di daerah, mereka ini akan pastikan sumbangan akan diterima," katanya ketika ketika sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Op Bantu di Jalan Kebun Teh di sini pada Rabu.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain.

Sementara itu, penerima sumbangan Maimunah Abdul Ghani, 75, terharu dan menitiskan air mata apabila dikunjungi Ayob Khan di rumahnya selain turut meluangkan masa bertanya khabar.

Maimunah yang merupakan balu kepada seorang pesara tentera kini dijaga oleh anaknya, Mohd Syafiq Hussein, 35.

"Dahulu saya bekerja pembantu hospital dan kini mendapat pencen setiap bulan. Anak saya pula dahulu bekerja di hotel selepas itu mengajar tuisyen secara online.

Artikel Berkaitan:

"Biarpun menghidap penyakit usus, tetapi Mohd Syafik yang merupakan anak tunggal sentiasa berada di sini dan menjaga saya dengan penuh kasih sayang," katanya.