X

Kindly register in order to view this article
!

AFC sahkan aksi kumpulan G, H, I batal

Windsor Paul
A
A

PIHAK Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan mengenai pembatalan saingan Piala AFC 2021, khususnya bagi zon ASEAN yang melibatkan Kumpulan G, H dan I berikutan tiada negara yang menawarkan venue bagi ketiga-tiga kumpulan berkenaan beraksi.

Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, pembatalan berkenaan dibuat berikutan situasi semasa penularan wabak Covid-19 yang dilihat agak membimbangkan terutamanya di rantau ASEAN ketika ini.

“Seperti yang kita kata sebelum ini, kita telah serahkan kepada pihak Jawatankuasa Pertandingan AFC untuk buat keputusan mengenai perkara ini.

“Akhirnya, pihak jawatankuasa telah buat keputusan bahawa saingan boleh dibatalkan apabila mana-mana kumpulan tidak dapat menyediakan venue pertandingan.

“Oleh itu, setelah tidak ada venue yang ditawarkan oleh mana-mana pihak (negara), kita membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala AFC ini bagi zon ASEAN yang melibatkan saingan bagi Kumpulan G, Kumpulan H dan juga Kumpulan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada 27 Mei lalu, Singapura mengumumkan untuk menarik diri daripada menganjurkan saingan Kumpulan H dan I Piala AFC 2021 yang sepatutnya berlangsung 29 Jun hingga 6 Julai berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 di republik berkenaan.

Situasi berkenaan sekali gus menyaksikan dua wakil negara iaitu Kedah Darul Aman FC (KDAFC) yang beraksi dalam Kumpulan H dan Terengganu FC (Kumpulan I), terpaksa melupakan hasrat masing-masing untuk beraksi pada saingan Piala AFC kali ini.

Sementara itu menurut Windsor Paul, setakat ini, pembatalan bagi saingan peringkat kumpulan bagi saingan Piala AFC ini hanya melibatkan zon ASEAN.

Katanya, saingan bagi zon-zon lain tetap diteruskan dan berlangsung seperti biasa.

“Bagaimanapun, saingan bagi peringkat kalah mati bagi saingan Piala AFC ini yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 7 Julai turut ditunda sehingga 4 Ogos depan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!