Cuepacs kecam tindakan biadab Ronnie Liu

Pada Isnin, tular rakaman video kejadian yang menyaksikan Ronnie bersama dua pemimpin lain menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan dilakukan seorang anggota polis yang meminta orang ramai termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah.
Pada Isnin, tular rakaman video kejadian yang menyaksikan Ronnie bersama dua pemimpin lain menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakan dilakukan seorang anggota polis yang meminta orang ramai termasuk pemimpin politik keluar daripada kawasan mahkamah.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengecam tindakan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu yang melakukan provokasi dan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dalam satu kejadian di Raub, Pahang pada Isnin lalu.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, perbuatan itu mencerminkan jati diri Ronnie yang jelas melanggar prinsip kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam Rukun Negara.

Menurut beliau, lebih memalukan tindakan tersebut dilakukan oleh seorang individu yang sepatutnya menjadi contoh tauladan baik kepada masyarakat.

"Kata-kata yang dikeluarkan Ronnie terhadap pegawai polis bertugas seperti "pangkat apa? Balai mana? Apasal jahat sangat? Siapa You?" jelas menunjukkan beliau tidak menghormati undang-undang dan penjawat awam yang bertugas.

"Sepatutnya beliau tidak perlu bertanyakan pangkat dan di mana pegawai polis tersebut bertugas.

"Adakah Ronnie hanya akan mendengar arahan daripada pegawai yang berpangkat tinggi sahaja?" soalnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Adnan berkata, sebagai ahli politik berpengalaman Ronnie sepatutnya lebih bijak mengawal emosi dan sedar akan kesan bagi setiap tindakan yang dilakukan.

"Dalam hal ini, Cuepacs ingin mempersoalkan siapakah Ronnie dan apakah kepentingan beliau sehingga sanggup bertindak biadab sedemikian rupa?" katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, tindakan yang sengaja membuat provokasi kepada penjawat awam patut dikenakan hukuman tegas sebagai pengajaran kepada semua pihak apatah lagi jika melibatkan pemimpin masyarakat seperti ahli-ahli yang berhormat bertindak di luar norma kebiasaan.

"Ia suatu budaya yang tidak sihat dan memberi teladan yang kurang baik kepada masyarakat umum.

"Sedangkan peraturan dan undang-undang adalah merupakan pusat rujukan kita semua dalam menyelesaikan sebarang permasalahan," katanya.

Dalam pada itu, Cuepacs turut merakamkan tahniah kepada pegawai polis terbabit kerana berjaya mengawal situasi walaupun menerima provokasi.

Tambah Adnan, Cuepacs sentiasa memberikan sokongan kepada penjawat awam bagi memastikan mereka melaksanakan tugas tanpa rasa gentar selagi mana ia tidak menyalahi peraturan serta undang-undang sedia ada.

"Semua anggota masyarakat diharap dapat memberikan sokongan moral kepada penjawat awam yang berani untuk mempertahankan tanggungjawab mereka walaupun kadangkala dicabar atau diherdik oleh sesetengah pihak yang tidak mahu memahami peranan serta fungsi penjawat awam dalam melaksanakan tugas," katanya.

Pada Isnin lalu, pekarangan Mahkamah Raub kecoh selepas polis meminta orang ramai termasuk beberapa pemimpin politik keluar dari kawasan mahkamah ketika selepas prosiding reman terhadap beberapa individu yang berkait dengan pencerobohan tanah haram.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Ronnie, Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack serta Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Raja Puji sehingga berlaku provokasi.

Video insiden itu kemudiannya tular di media sosial sehingga mengundang kecaman warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Proses reman 18 pekebun durian musang king kecoh

Ronnie Liu perlu diambil tindakan sebagai pengajaran