X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Mengaku audio tular, jawatan Zahid perlu digantung

Ahmad Zahid (Gambar kecil: Mohd Fuad Tukirin)
A
A

SHAH ALAM - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu tegas melaksanakan keputusan menggantung sementara jawatan Presiden parti yang disandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi membolehkan beliau berdepan siasatan dalaman parti.

Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin berkata, Ahmad Zahid juga perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO bagi memberi ruang beliau menjawab dakwaan berkaitan rakaman audio perbualan bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular serta surat sokongan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Jelas beliau, dua tindakan penting itu sekali gus memastikan MKT dapat meneliti semula sebarang pelanggaran disiplin dilakukan Ahmad Zahid sepanjang beliau mentadbir UMNO.

"Ini memerlukan jiwa besar MKT untuk memperbaiki UMNO kepada landasan sebelum ini.

"Presiden perlu digantung sementara tugasnya supaya MKT menilai semula perkara-perkara yang telah dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO lepas.

"Perkara ini sebenarnya kena dibicarakan untuk mencari jalan penyelesaian, apabila Presiden mengaku (suaranya dalam audio bersama Anwar) maksudnya dari segi integriti sudah tidak boleh dipercayai lagi untuk (pemilihan) akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, sumber ahli Parlimen UMNO mendakwa Ahmad Zahid membuat pengakuan suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR sebelum ini adalah suaranya.

Sumber itu turut menjelaskan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu membuat pengakuan berkenaan semasa pertemuan yang berlangsung dengan majoriti ahli Parlimen UMNO selama lebih dua jam di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada malam Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: MP UMNO dakwa Zahid akui rakaman audio tular, surat sokong Anwar

Mesyuarat tertutup antara Ahmad Zahid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu turut dihadiri beberapa pemimpin tertinggi parti termasuk Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan, Ahmad Zahid akan membawa cadangan yang sama kepada MKT selepas majoriti ahli Parlimen UMNO menolaknya dan menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Sebelum ini, Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi yakin parti itu akan keluar serta menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dalam mesyuarat MKT Rabu malam.

Jelas beliau, keyakinan itu adalah berdasarkan pendirian setiap ahli MKT UMNO untuk meneruskan langkah tersebut, malah lebih awal iaitu sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN: Puad Zarkashi yakin UMNO akan keluar kerajaan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!