[VIDEO] Ku Li akui tidak setuju UMNO sokong Bersatu bentuk kerajaan

Tengku Razaleigh mengakui sejak awal lagi beliau tidak bersetuju UMNO menyokong Bersatu membentuk kerajaan PN. - Gambar hiasan
Tengku Razaleigh mengakui sejak awal lagi beliau tidak bersetuju UMNO menyokong Bersatu membentuk kerajaan PN. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui sejak awal lagi beliau tidak bersetuju UMNO menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, sebagai parti yang dominan dan mempunyai kekuatan akar umbi, UMNO tidak seharusnya merendahkan darjat parti dengan berbuat demikian.

"Saya ada beritahu kepada pimpinan UMNO dan ahli Parlimen (UMNO).

"Banyak orang tidak sependapat (tarik sokongan kepada PN) dengan saya, tetapi saya rasa apabila kita berbuat demikian (sokong Bersatu) maka kita sudah turunkan kita punya darjat (parti).

"Kita parti terbesar, tertua dalam negara ini. Orang pandang pada kita, kita ini bukan parti lagi, kita ini institusi politik," katanya pada program Bersama Ku Li yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan beliau sebelum ini supaya menteri dan timbalan menteri serta pengerusi GLC daripada UMNO meletak jawatan serta tarik balik sokongan kepada kerajaan PN.

Tambah beliau, sebagai parti paling lama mentadbir negara, UMNO tidak seharusnya tunduk kepada parti serpihan mereka itu.

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 Mac lalu, Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li mendesak supaya semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam kabinet kerajaan PN termasuk diberikan jawatan dalam GLC diminta menarik diri serta-merta.

Artikel Berkaitan:

Katanya, gesaan itu dibuat selaras dengan cadangan daripada bahagian-bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan yang mahu tindakan sedemikian diambil.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan PN dibentuk secara 'curi': Ku Li