Kerajaan PN dibentuk secara 'curi': Ku Li

Temubual eksklusif bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah oleh Tan Sri Johan Jaaffar dalam program 'Bersama Ku Li' yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf. - FOTO SINAR HARIAN/HALIM WAHID
Temubual eksklusif bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah oleh Tan Sri Johan Jaaffar dalam program 'Bersama Ku Li' yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf. - FOTO SINAR HARIAN/HALIM WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin dilakukan secara 'curi'.

Menurut beliau, kerajaan yang sah hanya diiktiraf apabila ia dipilih sendiri oleh rakyat bukan seperti mana berlaku dalam peralihan kuasa kepada PN.

"Saya hendak kritik banyak sangat takut nampak berupa politik sangat tetapi tidak dapat kita pisah daripada masalah itu.

"Sebab kita tengok kerajaan sekarang dibentuk secara curi. Tidaklah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan mandat yang sah," katanya pada program Bersama Ku Li yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dalam program bual bicara yang berlangsung kira-kira sejam berhubung ketidakyakinan rakyat terhadap kerajaan PN yang dilihat semakin ketara sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh yang juga veteran UMNO turut menyelar kenyataan segelintir pemimpin politik yang mengkritik kempen kibar bendera putih bagi membantu rakyat yang berdepan kesusahan ketika ini.

Katanya, tiada undang-undang melarang mana-mana pihak untuk mengibarkan bendera berwarna apa sekalipun.

"Jadi tidak ada salah dan saya rasa patut kita galak supaya kita tahu (kedudukan) orang tidak dapat bantuan dan pertolongan langsung," katanya.

Artikel Berkaitan: