'Saya tak mahu kes saya dilayan seperti kluster kayangan'

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis sudah merakam keterangan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bagi membantu siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Satu, dalam sebuah program pada Jumaat.

Mahfuz ketika dihubungi mengesahkan beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada petang Selasa untuk memberi keterangan berhubung kes pelanggaran SOP yang dikaitkan dengan dirinya.

“Polis sudah ambil keterangan saya selama satu setengah jam, saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan tersebut.

"Saya tak mahu kes saya ini dilayan seperti kluster kayangan, adili saya sebagai rakyat biasa dan ia perlu disegerakan,” katanya.

Menurutnya, insiden itu tidak sedikit pun mengganggu usaha beliau untuk terus memberikan khidmat membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Polis membuka kertas siasatan terhadap Mahfuz selepas menerima laporan polis pada Sabtu, berkaitan gambar tular beliau di media sosial hadir dalam program pemberian 'Bakul Rahmah' kepada 35 keluarga dari beberapa kampung yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Turut kelihatan gambar beliau duduk bersila secara santai berbual sambil menikmati minuman petang yang menimbulkan kemarahan netizen, kerana didakwa melangar SOP ketika majlis berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa langgar SOP, Ahli Parlimen Pokok Sena disiasat

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seramai 12 individu lagi yang didakwa berada bersama bekas timbalan menteri itu ketika kejadian, turut dirakamkan keterangan di IPD Kota Setar pada Selasa.

Ahmad Shukri
Ahmad Shukri

"Seramai empat individu memberi keterangan pada sebelah petang sehingga 7.30 malam, manakala sembilan lagi bermula pada 9 malam,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 atas kesalahan berkumpul di tempat awam, tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjarakan fizikal.