Kerajaan setuju lupuskan pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat.

Pelupusan pinjaman itu merangkumi empat pelarasan iaitu sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019; sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019; sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021 dan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019

"Dengan inisiatif ini, bebanan pinjaman yang ditanggung peneroka akan berkurangan sebanyak purata 80 peratus setiap peneroka.

"Purata bayaran balik pinjaman pula dijangka berkurangan daripada sekitar RM800-RM1,000 kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah iaitu satu kadar yang sangat munasabah dan mampu dibayar oleh mereka," katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2021 secara maya pada Rabu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: