Ahli UMNO buat laporan polis terhadap Ahmad Zahid

Laporan polis yang tular di media sosial.
Laporan polis yang tular di media sosial.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang ahli UMNO membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai terhadap presiden parti tersebut, yang didakwa terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan pada Rabu.

Menurut ahli UMNO yang enggan dinamakan itu, dia membuat laporan tersebut selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pengakuan terhadap rakaman bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular, baru-baru ini.

“Laporan polis dibuat pada jam 11 pagi tadi (Rabu), mengenai pengakuan Presiden UMNO tentang suaranya yang tular serta pendedahan percakapan beliau bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid mengaku audio perbualan telefon bersama Anwar suaranya

Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Ahmad Zahid tersebar

Tambah individu itu, laporan tersebut bertujuan meminta polis menyiasat kenyataan Ahmad Zahid yang menafikan penglibatan dirinya dalam audio yang tular sebelum ini.

“Kenyataannya ini telah menimbulkan kekeliruan kepada ahli UMNO seperti saya dan membuatkan saya rasa tertipu dengan beliau.

“Diharap laporan polis membolehkan pihak polis menyiasat samada Ahmad Zahid melakukan penipuan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan melakukan kesalahan terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Malaysia dan menganggu-gugat keamanan rakyat,” katanya.

Pada Isnin, seorang Majlis Tertinggi UMNO yang juga enggan dikenali mendedahkan Ahmad Zahid membuat pengakuan berhubung rakaman audio itu semasa pertemuan bersama ahli-ahli Parlimen UMNO di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia di ibu negara.

Artikel Berkaitan: