X

Kindly register in order to view this article
!

Kes baharu positif Covid-19 melepasi angka 7,000

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 melepasi angka 7,000 dengan pertambahan 7,097 individu yang dijangkiti wabak itu pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor dan Kuala Lumpur kekal melaporkan kes tertinggi iaitu masing-masing 3,119 dan 1,005 kes.

Menurut beliau, Negeri Sembilan merekodkan 788 kes diikuti Melaka (358), Sarawak (289), Pahang (258), Sabah (244), Johor (224), Kedah (198), Perak (187), Pulau Pinang (140), Kelantan (123), Labuan (93), Terengganu (43), Putrajaya (26) dan Perlis (dua).

"Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 799,790," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 74,344 kes di seluruh negara dengan 948 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 443 pula memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah Dr Noor Hisham, negara merekodkan kes kematian Covid-19 yang masih tinggI iaitu 91 kes.

"Kes kematian pada hari ini melibatkan 47 kes di Selangor, Negeri Sembilan (16), Kuala Lumpur (10), Johor (empat), Melaka (empat), Sarawak (tiga) dan Perak (dua).

"Kelantan, Terengganu, Pahang, Labuan dan Kedah masing-masing merekodkan satu kematian," katanya.

Beliau berkata, terdapat 4,863 kes sembuh dilaporkan sekaligus menjadikan jumlah keseluruhannya 719,678.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 18 lagi kluster Covid-19 dikenalpasti yang terdiri daripada lapan kluster komuniti, enam kluster tempat kerja, satu kluster pendidikan tinggi dan dua kluster pusat tahanan.

"Jumlah keseluruhan kluster adalah 2,970 dengan 2,120 telah tamat, manakala 850 masih lagi aktif," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!