Dunia perlu pendekatan baharu tangani Covid-19: Hishammuddin

Perkara itu disampaikannya semasa Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar ASEAN-Rusia yang diadakan secara maya petang Selasa. - Foto Facebook Hishammuddin
Perkara itu disampaikannya semasa Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar ASEAN-Rusia yang diadakan secara maya petang Selasa. - Foto Facebook Hishammuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dunia memerlukan pendekatan baharu dalam menangani Covid-19 susulan kemunculan varian-varian baharu yang menyebabkan peningkatan kes di seluruh dunia, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Melalui hantaran di laman Facebook rasminya, beliau berkata, perkara itu disampaikannya semasa Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar ASEAN-Rusia yang diadakan secara maya petang hari Selasa.

“ASEAN-Rusia banyak fokus terhadap usahasama menangani Covid-19 sejak setahun lalu,” katanya.

Dalam konteks isu-isu serantau, Hishammuddin menekankan pandemik Covid-19 meningkatkan persaingan kuasa-kuasa besar dunia serta melemahkan sistem pelbagai hala.

“Dalam hal ini, ASEAN mesti kekal sebagai teras Asia Pasifik manakala Rusia mesti terus menyokongnya demi keamanan serta kestabilan di rantau ini,” katanya.

Mesyuarat khas itu dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov. -Bernama

Artikel Berkaitan: