X

Kindly register in order to view this article
!

Sidang Parlimen terlalu singkat: Anthony Loke

Anthony (kiri) melihat seorang peniaga pasar divaksin di Pusat Pemberian Vaksin Sehat Klinik Seremban 2 pada Rabu.
A
A

SEREMBAN - Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berpendapat persidangan Parlimen yang dijangka berlangsung selama lima hari itu adalah terlalu singkat, dan perlu dipanjangkan.

Menurut beliau, tempoh masa hanya lima hari tidak memadai memandangkan terdapat 222 ahli Parlimen yang menunggu saat ini (persidangan Parlimen).

"Sepatutnya sidang Parlimen ini mesti memberi ruang kepada ahli Parlimen untuk menyampai dan membahas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat program vaksinasi kepada peniaga pasar di Pusat Pemberian Vaksin Sehat Klinik Seremban 2 pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: PM panggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos

Bagaimanapun sehingga kini beliau belum menerima notis rasmi, malah agenda persidangan Parlimen juga belum dimaklumkan lebih lanjut

Anthony berkata, beliau berharap persidangan dapat dipanjangkan bagi membolehkan semua ahli Parlimen terlibat dalam perbahasan nanti.

Pada Isnin lalu, menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, kerajaan bersetuju supaya Dewan Rakyat bersidang selama lima hari iaitu mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos, manakala Dewan Negara bersidang selama tiga hari pada 3 hingga 5 Ogos ini.

Pembukaan sidang Parlimen itu bertujuan bagi memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan serta peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

Parlimen digantung sejak 11 Januari berikutan perisytiharan darurat yang akan berakhir pada 1 Ogos.

Bagaimanapun pada bulan lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah bertitah sebanyak dua kali bahawa ia perlu kembali diadakan secepat mungkin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!