X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO tentukan hala tuju dalam kerajaan PN malam ini

MKT UMNO akan mengadakan mesyuarat secara maya malam ini bagi menentukan hala tuju parti itu dalam kerajaan PN. Gambar kecil: Jalaluddin Alias
A
A

SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan mesyuarat secara maya malam ini bagi menentukan hala tuju parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli MKT UMNO, Datuk Jalaluddin Alias berkata, mesyuarat MKT itu dijangka akan bermula pada jam 8.30 malam.

“Mungkin (hala tuju parti dalam kerajaan PN) sebahagian daripada agenda mesyuarat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau menambah, semua ahli MKT akan hadir dalam mesyuarat yang akan diadakan itu.

Jumaat lalu, dilaporkan beberapa Ahli Parlimen UMNO telah mengadakan pertemuan di sebuah banglo berhampiran Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Ia berikutan khabar angin mengatakan parti itu akan menarik sokongan daripada PN.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid, Ismail Sabri sertai mesyuarat tertutup malam ini

Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai

Pada Isnin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa menyertai mesyuarat yang diadakan secara tertutup di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan.

Perbincangan tersebut dikatakan mengenai keputusan Ahmad Zahid yang akan menarik diri daripada PN minggu ini.

Menurut sumber, keputusan menarik diri daripada PN adalah tidak sesuai memandangkan negara ketika ini sedang melawan pandemik yang memberi impak negatif kepada ekonomi dan rakyat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!