Kanak-kanak terperangkap dalam kereta diselamatkan

Kanak-kanak perempuan terperangkap di dalam kereta hampir 10 minit dalam kejadian di Taman Negeri Port Dickson pada Rabu. - Foto Bernama
Kanak-kanak perempuan terperangkap di dalam kereta hampir 10 minit dalam kejadian di Taman Negeri Port Dickson pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Seorang bapa berdepan detik cemas apabila anak perempuannya berusia setahun lapan bulan terperangkap di dalam kereta hampir 10 minit dalam kejadian di Taman Negeri Port Dickson di sini pada pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan kira-kira 7.58 pagi.

“Difahamkan, bapa kanak-kanak terbabit keluar sekejap daripada kereta dan tidak menyedari keretanya terkunci secara 'auto lock'. Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedar dan berada dalam keadaan cemas.

“Kami menggunakan peralatan khas ‘air cushion automatic entry’ untuk membuka kunci bahagian dalam pintu kereta sebelah pemandu. Tiada kecederaan kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.

Beliau berkata, kanak-kanak tersebut kemudian diserahkan kepada bapanya dalam keadaan selamat dan operasi terbabit ditamatkan kira-kira 8.15 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: