Asyraf nafi UMNO lobi jawatan TPM

Tangkap layar hantaran Asyraf Wajdi di Facebook beliau pada Rabu.
Tangkap layar hantaran Asyraf Wajdi di Facebook beliau pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO menafikan berita kononnya parti itu melobi jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan untuk tidak menerima jawatan TPM, jauh sekali untuk melobi.

Menurutnya, lebih baik UMNO melobi jawatan Perdana Menteri (PM) untuk menambah baik bantuan kepada rakyat.

“Usah percaya berita palsu kononnya UMNO melobi jawatan TPM.

“Lagipun daripada melobi jawatan tersebut, lebih baik melobi PM untuk tambah baik bantuan rakyat termasuk moratorium tanpa faedah terakru, i-Citra, segerakan dan tambah lagi bantuan tunai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC),” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO tidak dilantik TPM modal Zahid ajak keluar PN: Nazri Aziz

Bincang tuntutan jawatan TPM, bukan keluar kerajaan: Sumber

Pada Selasa, media melaporkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan alasan gagal menjadi TPM sebagai modal untuk keluar kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi turut menggesa kerajaan segera menghentikan operasi kilang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Tutup juga kilang-kilang tidak ‘essential’ kalau betul ‘total lockdown’ bukan hanya kurung rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Rakyat terdesak perlu bantuan bukan jawatan TPM!,“ tegasnya.

LINK FB

Usah percaya berita palsu kononnya UMNO melobi jawatan Timbalan Perdana Menteri. Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah...

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Tuesday, July 6, 2021