Presiden Lubnan, Menteri Luar Qatar bertemu di Beirut

Michel Aoun (kanan) dan Mohammed bin Abdulrahman Al Thani membincangkan krisis ekonomi dan tempoh pembentukan kerajaan baharu di Lubnan yang belum diputuskan. - Foto EPA
Michel Aoun (kanan) dan Mohammed bin Abdulrahman Al Thani membincangkan krisis ekonomi dan tempoh pembentukan kerajaan baharu di Lubnan yang belum diputuskan. - Foto EPA
A
A
A

BEIRUT - Presiden Lubnan pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Qatar di Istana Presiden Baabda di Beirut, lapor Agensi Anadolu (AA) menurut kenyataan Pejabat Presiden Lubnan.

Michel Aoun dan Mohammed bin Abdulrahman Al Thani membincangkan krisis ekonomi dan tempoh pembentukan kerajaan baharu di Lubnan yang belum diputuskan.

Aoun turut merakamkan penghargaan atas sokongan yang diberikan Qatar dalam pelbagai bidang selama ini.

Sementara itu, Al Thani berkata, negaranya sedia membantu Lubnan mengatasi cabaran yang dihadapi negara itu.

Lubnan masih bergelut untuk membentuk kerajaan baharu berikutan percanggahan pendapat antara calon Perdana Menteri Hariri dan Presiden Aoun.

Sejak Oktober 2019, Lubnan mengalami krisis ekonomi terburuk sejak perang saudara lima tahun yang berakhir pada tahun 1990.

Tragedi letupan Ogos lalu di Pelabuhan Beirut, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera, memburukkan lagi keadaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: