Mohd Radzi nafi minta Speaker pertimbang sidang Parlimen hibrid

Tangkap layar laman Twitter yang memaparkan kononnya Mohd Radzi mengeluarkan kenyataan permintaan sidang Parlimen secara hibrid.
Tangkap layar laman Twitter yang memaparkan kononnya Mohd Radzi mengeluarkan kenyataan permintaan sidang Parlimen secara hibrid.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menafikan beliau meminta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk mempertimbangkan semula persidangan Parlimen secara hibrid.

Menerusi Twitternya, Mohd Radzi berkata, ia adalah fitnah yang dibuat oleh akaun parodi.

"Trend penyebaran fitnah atas alasan kononnya ia sekadar lawak atau parodi semakin berleluasa," ciapnya pada Rabu.

Dalam hantaran tersebut, Mohd Radzi turut memuatnaik tangkap layar laman Twitter yang memaparkan kononnya beliau mengeluarkan kenyataan tersebut.

Antara lain turut disebut adalah tidak semua Ahli Parlimen mempunyai peranti dan sambungan internet yang baik untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan perlu menyediakan dana kepada Ahli Parlimen untuk pembelian komputer riba.

Parlimen dijadual bersidang selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat manakala Dewan Negara pula akan bersidang tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini.

Artikel Berkaitan: