X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Sambutan Hari Ulang Tahun TYT Pulau Pinang ditangguhkan

Law Choo Kiang
A
A

GEORGETOWN - Semua acara sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-72 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, penangguhan itu diputuskan susulan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lalu.

"Penangguhan ini berikutan situasi semasa dengan mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, tarikh 10 Julai 2021 telah ditetapkan dan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am sempena sambutan Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!