PGA patahkan cubaan seludup 7.2 tan ayam beku

Ayam sejuk beku dari Thailand seberat 7.2 tan yang dibawa masuk secara haram ke negara ini dirampas dalam satu operasi di Tumpat pada Rabu.
Ayam sejuk beku dari Thailand seberat 7.2 tan yang dibawa masuk secara haram ke negara ini dirampas dalam satu operasi di Tumpat pada Rabu.
A
A
A

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menggagalkan cubaan menyeludup masuk 7.2 tan ayam sejuk beku dari Thailand secara haram ke negara ini.

Ia selepas sebuah lori ditahan pasukan berkenaan di hadapan Masjid Ar-Rahman Mukim Kubang Batang, Wakaf Bharu di sini kira-kira jam 5.35 pagi Rabu.

Dalam operasi tersebut, PGA menahan pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 30 dan 24 tahun bagi membantu siasatan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya mengesan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan di jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor.

"Sejurus melihat lori itu, anggota PGA telah menahannya di hadapan Masjid Ar-Rahman untuk membuat pemeriksaan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 7.2 juta tan ayam beku di bahagian belakang lori terbabit.

Menurutnya, kedua-dua suspek bersama barangan rampasan kemudian dibawa ke Balai Polis Wakaf Bharu di sini untuk tindakan lanjut.

"Rampasan keseluruhan termasuk lori dianggarkan bernilai RM192,000," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, PGA akan terus melipatgandakan operasi bagi memastikan sempadan negara bebas daripada sebarang ancaman jenayah," katanya.

"PGA tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar peraturan atau terlibat dengan aktiviti jenayah sempadan," tegas beliau.