Teres dua tingkat jadi makmal dadah

Noor Azam (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dengan tertangkapnya sembilan individu.
Noor Azam (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dengan tertangkapnya sembilan individu.
A
A
A

SHAH ALAM - Siapa sangka sebuah rumah teres dua tingkat yang disewa dijadikan sebagai makmal memproses dadah.

Namun, itulah hakikatnya selepas kegiatan tersebut dibongkar sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Shah Alam dalam serbuan di Setia Alam, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu berjaya memberkas sembilan individu berusia lingkungan 19 hingga 65 tahun termasuk seorang wanita.

Menurutnya, semakan mendapati suspek ini mempunyai pertalian keluarga yang mana wanita terbabit juga adalah ibu kepada salah seorang suspek lelaki.

"Dalam serbuan ini, polis telah merampas 6.9 kilogram (kg) dadah disyaki heroin, 0.75 kg dadah disyaki heroin dan dadah disyaki ganja seberat 1.25 kg yang dianggarkan bernilai RM149,585.

"Selain itu, enam buah kenderaan jenis Perodua Alza, Nissan Frontier, Perodua Myvi, Proton Pesona, Proton Waja dan Proton Wira telah disita bersama dengan pelbagai barang kemas serta jam tangan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini.

Antara barang yang dirampas
Antara barang yang dirampas

Mengulas lanjut, Noor Azam mendedahkan, sindiket ini menyewa kediaman terbabit dengan harga RM1,600 sebulan sejak enam bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, bagi mengelak daripada mudah dikesan pihak berkuasa, suspek akan menyewa kediaman yang berpagar selain dikawal dengan pengawal keselamatan.

"Kita percaya suspek mampu memproses dadah sebanyak 30 kg sehingga 35 kg sebulan untuk diedarkan ke pasaran tempatan.

"Polis bagaimanapun masih siasat peranan kesemua suspek ini selain mengenal pasti sama ada mereka ini terbabit dalam kegiatan kongsi gelap," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Antara barang yang dirampas
Antara barang yang dirampas