X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Itali mara ke final Euro

Pemain Itali meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir Euro. -Foto EPA
A
A

ITALI berjaya mara ke perlawanan akhir Euro apabila menewaskan Sepanyol 4-2 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit perlawanan di Stadium Wembley pada awal pagi Rabu.

Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan penalti keempat Sepanyol yang diambil oleh Alvaro Morata sebelum Jorginho melengkapkan kemaraan pasukan Gli Azuuri itu dengan menyempurnakan sepakan penalti kelima Itali.

Dalam aksi masa sebenar perlawanan menyaksikan Sepanyol lebih banyak menguasai perlawanan dengan beberapa peluang dicipta skuad kendalian Luis Enrique itu namun gagal dimanfaatkan oleh jentera serangan La Roja.

Itali membuka tirai jaringan pada minit ke-60 berpunca daripada serangan balas pantas sebelum Federico Chiesa melepaskan rembatan lencong menarik untuk menewaskan Unai Simon.

Morata yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol penyamaan menerusi gerakan satu dua dengan Dani Olmo sebelum dia menewaskan Donnarumma pada minit ke-80.

Itali akan menunggu lawan mereka di perlawanan akhir sama ada England atau Denmark yang akan membuat perhitungan dalam satu lagi aksi separuh akhir pada awal pagi Khamis.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!