Lebih 50 rumah rosak dibadai ribut

Antara kediaman yang mengalami kerosakan dipukul ribut dalam kejadian petang tadi. FOTO: Ihsan APM Terengganu
Antara kediaman yang mengalami kerosakan dipukul ribut dalam kejadian petang tadi. FOTO: Ihsan APM Terengganu
A
A
A

HULU TERENGGANU - Lebih 50 buah kediaman di Padang Setengge, Kuala Berang di sini rosak dibadai ribut dalam kejadian kira-kira jam 6 petang pada Selasa.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.40 petang.

"APM Hulu Terengganu menerima maklumat awal daripada orang awam mengenai bencana ribut kuat serta angin kencang di kawasan terbabit mengakibatkan kediaman mereka rosak teruk.

"Terdapat juga kediaman yang ditimpa pokok selain beberapa laluan untuk keluar ke jalan utama terhalang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Anggota APM memotong pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Padang Setengge, di Kuala Berang petang Sealsa. FOTO: Ihsan APM Terengganu
Anggota APM memotong pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Padang Setengge, di Kuala Berang petang Sealsa. FOTO: Ihsan APM Terengganu

Susulan itu katanya, pusat kawalan tempat kejadian (PKTK) bencana turut dibuka di Surau Padang Setengga bagi membolehkan semua jabatan serta agensi membuat penyelarasan.

"Setakat ini kita masih dalam proses bagi merekodkan jumlah mangsa yang terjejas dan dipindahkan ke lokasi selamat manakala operasi memotong dan membersihkan kawasan yang terlibat giat dilakukan," katanya.

Artikel Berkaitan: