X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

KPWKM, KDN kolaboratif perluas jaringan agih bakul makanan

Datuk Seri Rina Mohd Harun (kiri) dan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengagihkan bakul makanan kepada lebih 200 ketua isi rumah PPR di Jelatek pada Selasa. Foto Facebook KPWKM
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkolaboratif menerusi Kembara Prihatin Negara (KPN) serta Op Bantu dalam usaha memperluaskan jaringan penyampaian bakul makanan.

KPWKM menerusi perkongsian di Facebooknya pada Selasa berkata, sumbangan itu telah diselaraskan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum diagihkan menerusi KPN dan Op Bantu bersama Skuad Aman Wanita (Amanita) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di peringkat daerah masing-masing.

“Sejajar dengan konsep ‘Community Engagement’, KPN dan Op Bantu akan membawa perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini bertujuan agar lebih dekat dengan komuniti selain membantu masyarakat dalam mengesan dan menangani gejala sosial untuk dipanjangkan kepada KPWKM sebagai tindakan intervensi bersama,” katanya.

Mengulas lanjut, KPWKM berkata, bantuan berbentuk barangan keperluan asas itu juga telah diberikan kepada lebih 200 ketua isi rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Jelatek hasil daripada sumbangan YKN dan JKM.

“Melalui usaha menyantuni mereka yang terjejas ini, JKM menjadi pemudah cara bagi menyediakan barangan keperluan khusus yang lain seperti ubat-ubatan dan barangan bayi.

“Selain itu, JKM juga turut menyediakan khidmat sokongan kaunseling bagi memastikan tanggungjawab menjaga kebajikan kumpulan sasar tidak pernah terhenti,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!