X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Simpan pil yaba dalam kotak kasut

Taktik seorang lelaki menyimpan 103 biji pil yaba dalam kotak kasut terbongkar apabila dia dicekup PGA Batalion 7 Kuantan pada Selasa.
A
A

RANTAU PANJANG - Taktik seorang lelaki menyimpan 103 biji pil yaba dalam kotak kasut terbongkar apabila dia dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan pada Selasa.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditangkap dalam serbuan di Kampung Kubang Pak Itam pada jam 1.30 pagi.

Menurutnya, semasa ditahan, anggota PGA telah melakukan pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek, namun gagal menemui barang salah.

"Anggota PGA kemudiannya terus melakukan pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut sambil ditemani oleh suspek.

"Melalui pemeriksaan itu telah menjumpai satu kotak kasut di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang mengandungi satu botol kaca dengan sembilan tiub straw berwarna biru berisi pil yaba," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Mengulas lanjut, Azhari berkata, anggota PGA turut menjumpai satu botol kecil berwarna putih di atas lantai di dalam bilik berkenaan yang mengandungi 13 biji pil yaba di dalam tiub.

"Saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methampitamine," katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Azhari berkata, seorang lelaki turut ditahan di Kampung Kubang Pak Itam pada jam 12.30 tengah malam yang membawa kepada rampasan 23 biji pil yaba.

Katanya, dalam serbuan itu PGA turut merampas kereta jenis Proton Wira milik suspek.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!