MotoGP Malaysia diawalkan seminggu

Aksi pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo semasa MotoGP 2019 di Litar Antarabangsa Sepang. - Foto APF
Aksi pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo semasa MotoGP 2019 di Litar Antarabangsa Sepang. - Foto APF
A
A
A

PERLUMBAAN Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP Malaysia) 2021 akan berlangsung dari 22 hingga 24 Oktober depan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) iaitu seminggu lebih awal daripada dijadualkan berikutan pembatalan GP Australia untuk musim kedua berturut-turut.

MotoGP Australia di Litar Phillip Island itu sepatutnya berlangsung pada tarikh tersebut tetapi dibatalkan susulan sekatan perjalanan masuk ke negara itu dan masalah logistik akibat pandemik Covid-19.

MotoGP Malaysia sepatutnya dijadualkan diadakan pada 29 hingga Oktober depan.

MotoGP dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pihaknya berharap MotoGP Australia akan kembali diadakan pada tahun depan.

Selain itu, ia juga mengesahkan tambahan pusingan MotoGP Portugal (GP Algarve) musim ini dari 5 hingga 7 November ini selepas pusingan pertama diadakan dari 16 hingga 18 April lalu.

Artikel Berkaitan: