Hebahan pengambilan khas guru bermula esok

Kenyataan akhbar oleh SPP pada Selasa.
Kenyataan akhbar oleh SPP pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Hebahan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara ‘one-off’ bagi tahun 2021 akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada Rabu jam 5.30 petang.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pengambilan khas itu akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada daripada lepasan universiti awam, swasta atau luar negara.

Katanya, pengambilan itu juga akan diperluaskan kepada graduan bukan ikhtisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh graduan pendidikan.

“Sehubungan dengan itu, SPP menyarankan calon-calon yang terlibat bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi suruhanjaya itu bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas ini,” menurut kenyataan itu.

Pada 20 Jun lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pengambilan khas guru secara 'one-off' bagi mengisi kekosongan guru di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41.

ARTIKEL BERKAITAN:KPM buka pengambilan khas 18,702 guru gred DG41

Artikel Berkaitan: