Majlis pengebumian di Pasir Puteh cetus kluster Covid-19

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Majlis pengebumian di sebuah kampung di Pasir Puteh, Kelantan telah mencetuskan kluster baharu Covid-19 sehingga menjangkiti 16 individu setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun telah menghadiri majlis berkenaan di Kampung Gong Kulim Tengah pada 26 Jun lalu.

"Empat hari kemudian, dia mula bergejala dan disahkan positif Covid-19 pada 4 Julai hasil saringan individu bergejala," katanya.

Menurutnya, jangkitan daripada kluster itu telah merebak ke beberapa daerah berdekatan iaitu Bachok, Kelantan dan Besut, Terengganu.

"Seramai 92 orang telah menjalani saringan Covid-19 dan terdapat pertambahan kes positif pada Selasa iaitu tiga orang," katanya.

Kluster itu dilabelkan sebagai Kluster Kampung Gong Kulim Tengah.

Majlis pengebumian sering mencetuskan kluster Covid-19 di negara ini antaranya yang pernah dilaporkan adalah Kluster Pasai (Sarawak), Kluster Kampung Gedang (Melaka, Selangor, Johor), Kluster Sungai Kotak (Sarawak), Kluster Nahaba 2 (Sabah) dan Kluster Limbawang (Sabah).

Artikel Berkaitan: