Remaja OKU didakwa didera: Seorang wanita ditahan bantu siasatan

Sinar Harian melaporkan seorang remaja menghidap sindrom down disyaki didera di sebuah rumah kebajikan didiaminya sejak setahun lalu.
Sinar Harian melaporkan seorang remaja menghidap sindrom down disyaki didera di sebuah rumah kebajikan didiaminya sejak setahun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita pada Selasa bagi membantu siasatan berkaitan kes penderaan remaja perempuan di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof berkata, siasatan awal mendapati remaja berusia13 tahun itu terdapat kesan melecur di bahagian dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka.

Menurutnya, mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur turut didapati positif Covid-19.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek yang tinggal di unit kondominium tersebut sejak 14 Julai 2020," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, hasil siasatan turut mendapati kondominium berkenaan didiami enam lagi kanak-kanak tetapi kesemua mereka tiada kesan kecederaan.

"Kediaman tersebut dijaga oleh seorang wanita berumur 28 tahun," katanya.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

"Semua saksi-saksi yang terlibat didapati positif Covid-19 dan polis akan meneruskan siasatan selepas kesemua mereka selesai menjalani kuarantin yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak istimewa disyaki didera di rumah kebajikan

Polis siasat kes anak istimewa didakwa didera

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan seorang remaja menghidap sindrom down disyaki didera di sebuah rumah kebajikan didiaminya sejak setahun lalu.

Seorang pengguna Facebook yang mendedahkan perkara itu mendakwa, remaja itu dijadikan anak angkat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

“Baru-baru ini, saya dimaklumkan pemilik, petugas dan beberapa penghuni rumah kebajikan tersebut dijangkiti wabak Covid-19," katanya.