X

Kindly register in order to view this article
!

218 mangsa kebakaran di Sabah dipindah ke PPS

Seorang penduduk Kampung Tanjung Aru Baru membawa tong gas keluar dari kawasan kebakaran di kampung tersebut hari ini. - Foto Bernama
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 218 orang daripada 51 keluarga mangsa kebakaran di Semporna dan di daerah ini telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan, satu PPS telah dibuka di Semporna iaitu Dewan Belia dan Sukan yang menempatkan 72 mangsa daripada 12 keluarga yang kehilangan tempat tinggal.

"Semua mangsa berkenaan adalah penduduk Kampung Panji Darat, Semporna yang telah kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan 12 buah rumah petang semalam," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut dua lagi PPS telah dibuka di Kota Kinabalu iaitu Dewan Sembulan yang menempatkan 72 mangsa daripada 22 keluarga dan Dewan Damai yang menempatkan 74 mangsa daripada 17 keluarga.

Kesemua mangsa adalah mereka yang terjejas akibat kebakaran di perkampungan atas air Tanjung Aru yang memusnahkan 10 buah rumah pada 7 pagi Selasa. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!