X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Perlumbaan F1, MotoGP Australia dibatalkan

Perlumbaan F1 Australia terpaksa dibatalkan.
A
A

PERLUMBAAN Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) dan MotoGP Australia terpaksa dibatalkan berpunca sekatan perjalanan dan masalah logistik di negara itu akibat pandemik Covid-19.

Ia tahun kedua berturut-turut perlumbaan tersebut terpaksa dibatalkan dengan F1 GP Australia dijadualkan bermula 21 November ini manakala MotoGP pada 24 Oktober.

Pengerusi Australian Grand Prix Corporation, Paul Little mengakui kecewa tetapi terpaksa menerima keputusan pembatalan tersebut yang tidak dapat dielakkan.

"Kami menghormati cabaran yang dihadapi Australia ketika ini yang mengenakan sekatan perjalanan antarabangsa dan pentingnya vaksinasi," katanya.

Dalam pada itu, Ketua F1, Stefano Domenicali percaya pembatalan GP Australia itu tidak akan memberikan kesan kepada baki 23 perlumbaan pada musim ini.

"Walaupun kecewa kami tidak akan berlumba di Australia musim ini, namun kami yakin dapat menganjurkan 23 perlumbaan pada tahun ini. Kami juga ada beberapa pilihan untuk menggantikan saingan di Australia ini.

"Kami akan meneliti perincian pilihan tersebut dalam beberapa minggu akan datang dan akan memberikan kemas kini lebih lanjut setelah perbincangan tersebut selesai," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!