Pendapatan transaksi e-dagang melonjak 30.0 peratus suku pertama 2021

Mohd Uzir
Mohd Uzir
A
A
A

PENDAPATAN daripada transaksi e-dagang bagi suku pertama 2021 melonjak 30.0 peratus tahun ke tahun kepada RM254.6 bilion daripada RM195.9 bilion pada suku pertama 2020, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pada 2020, pendapatan daripada e-dagang meningkat sebanyak 32.7 peratus kepada RM896.4 bilion berbanding 2019.

Pendapatan e-dagang oleh pertubuhan pada 2019 merekodkan kadar pertumbuhan 22.8 peratus kepada RM675.4 bilion berbanding 2017.

Mohd Uzir berkata, pendapatan e-dagang daripada segmen pasaran tempatan meningkat 21.7 peratus kepada RM591.8 bilion, manakala pasaran antarabangsa naik 31.9 peratus kepada RM83.5 bilion.

Pendapatan e-dagang mengikut jenis pelanggan melalui perniagaan kepada perniagaan (B2B) meningkat 13.0 peratus kepada RM449.6 bilion dan diikuti perniagaan kepada pengguna (B2C) naik 53.3 peratus kepada RM194.0 bilion.

Sementara itu, perniagaan kepada kerajaan (B2G) turut meningkat 55.7 peratus kepada RM31.8 bilion.

Beliau berkata, pada 2019, perbelanjaan e-dagang turut merekodkan pertumbuhan 14.8 peratus kepada RM301.5 bilion.

"Perbelanjaan e-dagang bagi pasaran tempatan meningkat 15.3 peratus kepada RM269.6 bilion manakala perbelanjaan pasaran antarabangsa meningkat 10.8 peratus kepada RM31.9 bilion,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, perbelanjaan e-dagang mengikut jenis pelanggan melalui B2B meningkat 14.1 peratus kepada RM277.6 bilion dan diikuti B2C yang melonjak 24.6 peratus kepada RM14.8 bilion dan B2G yang berkembang 22.6 peratus kepada RM9.1 bilion

Seterusnya, penggunaan internet turut merekodkan peningkatan 11.9 mata peratus kepada 85.2 peratus, diikuti komputer, 7.3 mata peratus kepada 86.2 peratus dan web presence, 16.1 mata peratus kepada 53.9 peratus.

Sektor maklumat dan komunikasi dan kewangan dan takaful/ insurans telah menggunakan sepenuhnya internet dan komputer dalam perniagaan mereka. - Bernama