Lebih 70 peratus undi 'tidak'

Kerajaan pusat dakwa ia akan tetap teruskan rancangan pemindahan itu walaupun ditolak penduduk Okinawa.
Kerajaan pusat dakwa ia akan tetap teruskan rancangan pemindahan itu walaupun ditolak penduduk Okinawa.
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Majoriti pengundi dalam referendum di Okinawa menolak rancangan untuk memindahkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di pulau selatan Jepun itu.

Namun, kerajaan pusat pada Isnin memaklumkan ia akan tetap meneruskan rancangan tersebut.

Referendum tidak terikat yang berlangsung, semalam menyaksikan lebih 70 peratus pengundi tidak bersetuju dengan pelan pemindahan pangkalan tentera Futenma dalam kawasan Okinawa yang turut menempatkan sebahagian besar tentera AS di negara itu.

Kebanyakan penduduk di pulau itu mengaitkan pangkalan terbabit dengan aktiviti jenayah, pencemaran dan kemalangan.

Kandungan perjanjian AS-Jepun menggesa pemindahan pangkalan itu yang dikelilingi sekolah, hospital dan deretan kedai ke kawasan kurang populasi penduduk digelar Henoko di utara Okinawa.

Kerajaan pusat dan pihak berkuasa Okinawa bagaimanapun telah lama bertelagah tentang rancangan itu selepas kebanyakan penduduk melihat ia sebagai beban tidak adil dan menuntut pangkalan itu ditutup sama sekali. - Reuters

Artikel Berkaitan: