Waspada sindiket penipuan jualan dalam talian

Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Petaling Jaya menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Petaling Jaya menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa orang awam supaya lebih berhati-hati ketika berurusan menerusi aplikasi jualan atas talian kerana sindiket menggunakan modus operandi menyamar sebagai rakan mangsa mereka.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seorang wanita membuat laporan polis selepas menjadi mangsa sindiket berkenaan apabila memberi kod pengesahan transaksi (OTP) atau TAC kepada sindiket terbabit.

Beliau berkata, wanita tempatan itu menyerahkan kod menerusi Facebook Messenger yang disangka kenalannya tanpa menghubungi kenalan tersebut secara terus.

"Modus operandi sindiket tersebut ialah menyamar sebagai rakan mangsa kemudian menghubungi mangsa dan menawarkan peluang untuk membuat keuntungan melalui kempen jualan di platform e-dagang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, dalam kes itu, suspek memaklumkan pihak e-dagang akan menghantar OTP ke nombor telefon bimbit mangsa untuk menyertai kempen tersebut.

"Setelah nombor OTP diberi (kepada suspek), mangsa menerima mesej daripada pihak bank memaklumkan ada penggunaan kad kredit dengan jumlah yang dinyatakan.

“Mangsa yang kemudiannya menyedari ditipu menghubungi rakannya yang sebenar melalui telefon bimbit dan dimaklumkan bahawa akaun Facebook yang digunakan oleh suspek telah lama tidak digunakannya," katanya.

Artikel Berkaitan: