NGO lancar petisyen sokong banteras kebun durian haram

Petisyen sokongan dilancarkan Hugs Project mendapat sambutan apabila lebih 4,000 tandatangan berjaya dikumpul sehingga jam 3 petang pada Selasa. Gambar kecil: Muhamad Laili
Petisyen sokongan dilancarkan Hugs Project mendapat sambutan apabila lebih 4,000 tandatangan berjaya dikumpul sehingga jam 3 petang pada Selasa. Gambar kecil: Muhamad Laili
A
A
A

KUANTAN - Petisyen solidariti menyokong pihak berkuasa membanteras dan memusnahkan kebun durian haram di Hutan Simpan Batu Talam Raub yang dilancarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hugs Project pada Selasa menerima 4,182 tanda tangan sehingga jam 3 petang pada Selasa.

Pengasas Hugs Project, Muhamad Lalili Basir berkata, semua pihak berhak menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri dalam usaha membanteras penerokaan tanah secara haram untuk aktiviti penanaman durian di Raub.

"Memang ramai yang sokong dan setuju dengan langkah kerajaan negeri tetapi sukar untuk mendapatkan angka sebenarnya.

"Melalui petisyen ini kita dapat melihat sejauh mana sokongan diterima dengan angka lebih tepat untuk rujukan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan

18 pekebun durian musang king direman dua hari

Muhamad Laili berkata, pihaknya tidak meletakkan sasaran jumlah tanda tangan namun yakin ia mendapat sambutan berdasarkan angka terkini setakat ini.

"Petisyen ini akan kita bawa kepada kerajaan negeri bagi membuktikan sokongan rakyat terhadap semua usaha kerajaan terutama melibatkan isu alam sekitar," katanya.

Orang ramai boleh menyatakan sokongan mereka dengan menandatangani petisyen ini dihttp://chng.it/Hugs

Artikel Berkaitan: