159 majikan seluruh negara dikompaun

Awang (kanan) bertanya sesuatu kepada pekerja ketika menyertai operasi pemantauan pematuhan Akta 342 dan Akta 514 dalam sektor pembuatan di kawasan perindustrian Bayan Lepas, pada Selasa.
Awang (kanan) bertanya sesuatu kepada pekerja ketika menyertai operasi pemantauan pematuhan Akta 342 dan Akta 514 dalam sektor pembuatan di kawasan perindustrian Bayan Lepas, pada Selasa.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Sebanyak 159 kompaun berjumlah RM1.49 juta dikeluarkan kepada majikan di seluruh negara kerana gagal memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja mereka.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, jumlah kompaun itu dikeluarkan ketika pemeriksaan ke atas 1,585 tempat kerja sepanjang tempoh tiga minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 16 Jun lalu.

Katanya, daripada jumlah tersebut, Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang mengeluarkan empat kompaun berjumlah RM40,000 membabitkan pemeriksaan di 129 tempat kerja.

"Sektor pembuatan mencatatkan kesalahan paling banyak iaitu 123 kes diikuti pembinaan dengan 18 kes manakala perkhidmatan perniagaan masing-masing empat kes.

"Selain itu, tiga kes dari sektor penyimpanan, pengangkutan dan perdagangan borong serta satu kes masing-masing dari sektor kewangan, kuari, pertanian, perkhidmatan pembersihan dan kemudahan gas," katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Beliau sebelum itu menyertai operasi pemantauan pematuhan Akta 342 dan Akta 514 dalam sektor pembuatan di kawasan perindustrian Bayan Lepas, di sini.

Operasi serentak juga dijalankan di empat kilang lain di kawasan yang sama.

Tambahnya, kesemua kompaun itu dikeluarkan menerusi operasi penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) yang dijalankan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 96 kes dikenalpasti ialah kegagalan majikan mematuhi keupayaan tenaga kerja di sektor perkhidmatan penting termasuk operasi dan pengurusan diikuti 13 kes kegagalan pemilik premis memastikan penjarakan fizikal.

"Sembilan kes masing-masing direkodkan di atas kesalahan premis yang beroperasi tanpa surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kegagalan menyediakan cecair pencuci tangan di pintu masuk premis dan kegagalan pemilik premis untuk memastikan kawalan orang ramai masuk dan keluar dari premis mereka serta gagal memastikan jarak fizikal satu meter," katanya.

Awang berkata, antara pendekatan yang diambil dalam menguatkuasakan Akta 342 ini ialah menerusi siasatan aduan yang diterima daripada aplikasi ‘Working for Workers’ (WFW), aduan yang diterima oleh JKKP dan operasi terancang terutama dalam sektor perkilangan.

"Penting bagi semua termasuk majikan, pekerja dan orang ramai untuk terus mematuhi standard operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan.