X

Kindly register in order to view this article
!

12 nelayan Vietnam dicekup curi hasil laut

Rashidilhadi (kanan) melakukan pemeriksaan ke atas kesemua nelayan Vietnam yang ditahan di Jeti Zon Maritim Kemaman, pada Selasa
A
A

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan 12 nelayan termasuk seorang tekong warga Vietnam kerana disyaki mencuri hasil laut dengan menceroboh perairan negara di sekitar perairan negeri pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, kehadiran bot kargo itu dikesan oleh kapal Maritim yang sedang melaksanakan rondaan Operasi Khas Kuda Laut dan Operasi Naga Barat pada jarak 74 batu nautika dari Kuala Kemaman, di sini, kira-kira jam 2 petang.

"Pemeriksaan mendapati terdapat 12 kru termasuk tekong warga Vietnam berusia 23 hingga 47 tahun, yang kesemuanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan bot juga disyaki menggunakan dokumen yang meragukan.

Bot kargo dinaiki 12 nelayan termasuk seorang tekong warga Vietnam ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk tindakan selanjutnya.
Bot kargo dinaiki 12 nelayan termasuk seorang tekong warga Vietnam ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk tindakan selanjutnya.

"Bot yang membawa lebih kurang empat tan sotong basah ini turut dirampas selain bekalan diesel dianggar 1,000 liter dan muatan kargo yang kesemuanya bernilai kira-kira RM2 juta.

"Bot dan kesemua tahanan serta rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita di Jeti Zon Maritim di sini pada Selasa.

Jelasnya, kesemua tahanan telah menjalani saringan Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

"Kesemua mereka kini direman selama 14 hari bermula hari ini (Selasa) untuk siasatan lanjut," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!