[DIKEMAS KINI] Pesawat bawa 28 penumpang, kru hilang di timur Rusia

Gambar fail menunjukkan sebuah pesawat Antonov-26 iaitu jenis yang sama hilang di timur Rusia pada Selasa. - Foto Agensi
Gambar fail menunjukkan sebuah pesawat Antonov-26 iaitu jenis yang sama hilang di timur Rusia pada Selasa. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - [DIKEMAS KINI] Sebuah pesawat Rusia Antonov An-26 yang membawa 22 penumpang dan enam kru hilang di Semenanjung Kamchatka, timur negara itu pada Selasa.

Pesawat itu dalam penerbangan ke Kampung Palana utara semenanjung tersebut dari bandar raya Petropavlovsk-Kamchatsky ketika ia terputus hubungan dengan menara kawalan di sebuah lapangan terbang.

Ia juga dilaporkan hilang daripada radar menara kawalan tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan dan siasatan tentang kehilangan pesawat tersebut telah dilancarkan oleh pihak berkuasa.

Pesawat itu milik syarikat Kamchatka Aviation Enterprise, lapor AP.

Dua buah helikopter dan sebuah pesawat dikerah untuk mencari pesawat yang hilang itu.

Pesawat itu terputus hubungan ketika ia terbang sejauh 10 kilometer dari Lapangan Terbang Palana.

Seorang ketua kerajaan Palana, Olga Mokhireva merupakan antara penumpang pesawat tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: