Penagih baharu lebih ramai di Kelantan

Rahayu (kiri) bersama ikon AADK Tanah Merah, Kamarul Yusoff (tengah) yang juga pelakon era 90-an.
Rahayu (kiri) bersama ikon AADK Tanah Merah, Kamarul Yusoff (tengah) yang juga pelakon era 90-an.
A
A
A

TANAH MERAH - Penagih baharu lebih ramai di Kelantan berbanding penagih berulang dan situasi ini berlaku ekoran strategi pemasaran pengedar dadah yang menggunakan golongan muda sebagai 'rekrut' mereka.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan Rahayu Ahmad berkata, ramai penagih muda mula terjebak dalam penagihan seawal usia 15 tahun ekoran terpengaruh dengan rakan atau kenalan mereka yang merupakan pengedar dadah.

"Golongan remaja terutamanya lebih terdedah dengan dadah jenis baharu yang diperkenalkan pengedar termasuk pil kuda (methamphetamine) berbanding golongan berusia yang menagih dadah jenis heroin dan morfin.

"Maka mereka mudah dipengaruhi seawal usia belasan lagi ekoran terdedah dengan rakan yang juga merupakan pengedar tegar dadah yang bergiat aktif," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Bulan Anti Dadah Kebangsaan,AADK Tanah Merah di sini hari ini.

Rahayu berkata, selain pil kuda, penagihan ketum juga semakin mendapat tempat di pasarann

"Walaupun ramai yang tidak mengetahui mengenai ketum yang memberi kemudaratan kepada fungsi badan kita terus menyampaikan maklumat dalam usaha mengekang kegiatan penyalahgunaan ketum

"Kita mahu masyarakat cakna bahawa penagihan ketum juga amat membimbangkan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Racun," katanya.

Artikel Berkaitan: