3 kanak-kanak, nenek lemas ketika selamatkan diri dalam kebakaran

Norshila memeluk erat anak lelakinya yang lemas bersama seorang lagi anak perempuannya (kanan) selepas perahu yang mereka naiki terbalik sebelum diselamatkan penduduk kampung dalam kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu.
Norshila memeluk erat anak lelakinya yang lemas bersama seorang lagi anak perempuannya (kanan) selepas perahu yang mereka naiki terbalik sebelum diselamatkan penduduk kampung dalam kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiga kanak-kanak bersama nenek mereka lemas selepas perahu yang dinaiki mereka terbalik ketika menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Baru pada awal pagi Selasa.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, tiga kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun bersama nenek mereka berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

Menurut Siti Fatimah Yusuf, 27, ketika kejadian, semua penduduk sedang menyelamatkan diri selepas api dilihat semakin marak dan merebak di kawasan penempatan mereka.

"Ketika itu, saya naik perahu lain manakala anak perempuan saya berusia dua tahun bersama dua anak saudara dan nenek mereka berada di perahu lain.

Siti Fatimah bersama anak perempuannya berusia dua tahun ditempatkan di balai raya selepas terselamat dalam kejadian lemas dan kebakaran di perkampungan atas air Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu.
Siti Fatimah bersama anak perempuannya berusia dua tahun ditempatkan di balai raya selepas terselamat dalam kejadian lemas dan kebakaran di perkampungan atas air Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu.

"Ketika itu, perahu yang dinaiki mereka tiba-tiba terbalik dan karam. Saya panik melihat anak terkapai-kapai dan hampir tenggelam sebelum diselamatkan penduduk yang bertindak terjun menyelamatkan mereka," katanya ketika ditemui di balai raya kampung berkenaaan pada Selasa.

Menurut seorang lagi ibu, Norshila Muni, 28, keadaan ketika itu kelam kabut kerana semua penduduk sedang berusaha menyelamatkan diri.

"Dalam keadaan panas akibat bahang api, anak lelaki saya yang berusia satu tahun dan kakaknya berusia lima tahun ketika itu juga lemas.

Artikel Berkaitan:

"Kami tidak tahu bagaimana perahu mereka terbalik walaupun ketika itu perahu kami tidak jauh dari mereka. Mujur ada penduduk kampung segera bertindak menyelamatkan anak saya yang ketika itu sudah lemas," katanya.

Sementara itu, Kartinah Usman, 40-an yang juga nenek kepada tiga kanak-kanak itu berkata, dia tidak sempat menyelamatkan semua cucunya ketika itu.

Kartinah
Kartinah

"Perahu kami tiba-tiba terbalik dan semua cucu saya lemas sebelum kami diselamatkan.

"Sehingga kini saya masih terkejut kerana bukan saja kehilangan harta benda dan wang tunai tetapi hampir kehilangan nyawa ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran," katanya.

Sinar Harian melaporkan sebanyak 10 rumah di perkampungan atas air itu musnah dalam kebakaran.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 rumah terbakar di Kampung Tanjung Aru Baru