Parti politik jangan adakan pertemuan bersemuka semasa PKP, PKPD

Acryl Sani (dua dari kanan) meninjau kawasan PKPD di Flat Sri Sabah, Cheras, di Kuala Lumpur pada Selasa.
Acryl Sani (dua dari kanan) meninjau kawasan PKPD di Flat Sri Sabah, Cheras, di Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua parti politik diingatkan untuk tidak mengadakan sebarang pertemuan atau mesyuarat secara bersemuka semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau percaya parti politik memahami prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

"Namun, jika pihak polis menerima sebarang maklumat atau laporan mengenai perkara itu, kita pasti akan menyiasat dan membuka kertas siasatan," katanya selepas meninjau kawasan PKPD di Flat Sri Sabah, Cheras, di sini pada Selasa.

Acryl Sani memaklumkan, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai adanya sebarang pertemuan dan mesyuarat membabitkan parti politik terutamanya semasa pelaksanaan PKPD di Kuala Lumpur dan Selangor.

Artikel Berkaitan: