Isu pekebun durian: PGA dihantar ke Raub jaga ketenteraman awam

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pasukan Gerakan Am (PGA) dihantar ke Raub, Pahang bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam ekoran isu pekebun durian.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau menyeru kepada pihak yang terbabit mematuhi peraturan undang-undang sedia ada.

"Tentu sekali ada kalangan mereka yang tidak berpuas hati, namun mereka perlu menggunakan saluran undang-undang yang betul jika terdapat sebarang bantahan terhadap tindakan pihak berkuasa," katanya selepas meninjau kawasan PKPD di Flat Sri Sabah, Cheras, di sini pada Selasa.

Acryl Sani berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menganggu tugas pihak berkuasa.

"Urusan pencerobohan itu adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), kita hanya memastikan bahawa keselamatan mereka sentiasa terjaga," katanya.

Pada Isnin, Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun durian musang king direman dua hari sehingga Selasa untuk siasatan lanjut sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui yang turut ditahan tetapi dilepaskan dengan ikat jamin kira-kira jam 12 tengah malam.

Kesemua mereka ditahan pada Ahad selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

Operasi memusnahkan kebun haram durian Musang King di dalam Hutan Simpan Batu Talam itu bermula Ahad sehingga 2 Ogos ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, kawasan seluas kira-kira 101 hektar itu mempunyai pokok durian Musang King yang mula luruh dan mengeluarkan hasil.

ARTIKEL BERKAITAN: Musang king: Operasi tebang pokok tidak langgar perintah mahkamah

Proses reman 18 pekebun durian musang king kecoh

Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan