AS tembak jatuh dron serang kedutaan Amerika di Iraq

Seorang anggota keselamatan Iraq berdiri mengawal Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad, Iraq. - Foto AFP
Seorang anggota keselamatan Iraq berdiri mengawal Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad, Iraq. - Foto AFP
A
A
A

BAGHDAD - Tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh sebuah dron yang terbang di atas Kedutaan AS pada malam Isnin, beberapa jam selepas satu serangan roket dilancarkan di sebuah pangkalan yang menempatkan perumah askar-askar negara itu.

Menurut pemberita AFP, sistem pertahanan Amerika melepaskan tembakan ke arah roket-roket di Baghdad manakala sumber keselamatan Iraq menyatakan tembakan secara serentak itu mengenai sebuah dron yang membawa bahan letupan.

Sejak permulaan tahun ini, sebanyak 47 serangan telah dilakukan ke atas kepentingan AS di Iraq.

Kira-kira 2,500 askar Amerika ditempatkan di negara tersebut sebagai sebahagian daripada satu perikatan antarabangsa untuk memerangi kumpulan-kumpulan Daesh di Iraq.

Enam daripada 47 serangan itu menggunakan dron yang membawa bahan letupan dengan sasarannya ialah kemudahan milik AS di negara tersebut.

Pada Mei lalu, sebuah dron yang membawa bahan letupan menyerang pangkalan tentera Ain Al-Asad yang menempatkan askar-askar AS. - Agensi

Artikel Berkaitan: