X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 04 Disember 2021

Paqueta pacu Brazil ke final Copa America

Paqueta muncul wira Selecao apabila jaringan babak pertamanya sudah cukup mengakhiri kisah dongeng La Blanquirroja di Rio de Janeiro. - Foto COPA AMERICA
A
A

[DIKEMASKINI] PENYANDANG juara, Brazil menepati ramalan mara ke perlawanan akhir Copa America 2021 selepas menang tipis 1-0 ke atas Peru dalam aksi separuh akhir di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro, awal pagi Selasa.

Jaringan tunggal babak pertama Lucas Paqueta yang beraksi untuk kelab liga Perancis, Olympique Lyon sudah cukup mengakhiri pengembaraan dongeng La Blanquirroja sekaligus membolehkan gergasi bola sepak dunia itu mara ke perlawanan akhir.

Jaringan minit ke-35, bekas tonggak Clube de Regatas do Flamengo dan AC Milan berusia 23 tahun itu terhasil selepas menerima umpanan bintang kelab liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.

Kemenangan tersebut menyaksikan The Selecao kini menunggu di Stadium Maracana, menanti pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir membabitkan pertemuan satu lagi gergasi Amerika Selatan, Argentina menentang Colombia.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!