Kate Middleton diarah kuarantin kendiri

Kate sepatutnya dijadualkan menghadiri acara bersama Duke of Cambridge, Putera William bagi meraikan ulang tahun ke-73 Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) United Kingdom pada pagi Isnin. - Gambar fail

A
A
A

LONDON - Duchess of Cambridge, Kate Middleton diarahkan kuarantin kendiri selepas disahkan mempunyai kontak rapat pesakit Covid-19.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Kensington pada Isnin, Kate perlu dikuarantin di kediamannya selama 10 hari mengikut syarat yang ditetapkan.

Kate sepatutnya dijadualkan menghadiri acara bersama Duke of Cambridge, Putera William bagi meraikan ulang tahun ke-73 Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) United Kingdom pada pagi Isnin.

Bagaimanapun William akan meneruskan program lawatan yang ditetapkan tanpa sebarang perubahan.

Kate, 39 tahun dilaporkan sihat dan tidak mempunyai sebarang simptom Covid-19.

Sebagai rekod, Kate dan William telah menerima suntikan dos vaksin pertama mereka pada Mei lalu. - Awani

Kate Middleton diarah kuarantin kendiri selepas disahkan mempunyai kontak rapat

Artikel Berkaitan: