Perasuah sanggup jatuhkan maruah sendiri

Golongan yang terlibat dengan rasuah sanggup melakukan apa saja termasuk menjatuhkan maruah diri seperti menjadi pengampu demi mendapat habuan. - Gambar hiasan.
Golongan yang terlibat dengan rasuah sanggup melakukan apa saja termasuk menjatuhkan maruah diri seperti menjadi pengampu demi mendapat habuan. - Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Golongan yang terlibat dengan rasuah sanggup melakukan apa saja termasuk menjatuhkan maruah diri seperti menjadi pengampu demi mendapat habuan.

Imam Muda Masjid Kariah Batu 10 Cheras, Kuala Lumpur, Muhammad Afif Ab Arif berkata, ini kerana individu yang mengamalkan sikap ampu-mengampu tanpa sedar sebenarnya telah membibitkan amalan rasuah.

Menurutnya, sikap sedemikian juga bertujuan untuk menonjolkan dirinya berbanding orang lain sedangkan beliau langsung tidak mempunyai apa-apa kelebihan.

“Sikap sebegini juga menggambarkan dirinya mempunyai kepentingan diri tanpa memikirkan orang lain.

“Kepada pihak yang diampu pula, mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk memberi rasuah supaya tercapai matlamatnya,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Beliau turut menegaskan, Islam menegah rasuah kerana ia mengakibatkan timbulnya pelbagai masalah.

Artikel Berkaitan: