Ulama buka Bab al-Rahma di al-Aqsa ditahan Israel

 Salhab ( tengah) dibebaskan selepas disoal siasat, semalam.
Salhab ( tengah) dibebaskan selepas disoal siasat, semalam.
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Polis Israel, semalam menahan ulama kanan yang membantu mentadbir kawasan suci di Kota Lama, dua hari selepas beliau membuka Bab al-Rahma yang ditutup Israel sejak 2003.

Ketua Yayasan Agama Baitulmaqdis, Sheikh Abdel-Azeem Salhab yang dilantik Jordan dengan berani membuka pintu tersebut yang terletak dalam kawasan Haram al- Sharif yang turut menempatkan Masjid al-Aqsa bagi membolehkan ratusan penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, Salhab telah disoal siasat selepas beliau diberkas bersama seorang lagi individu kerana melanggar perintah.

Menurut peguamnya, beliau telah dibebaskan, namun dilarang memasuki kawasan itu selama tujuh hari.

Insiden disifatkan sebagai 'kemenangan' buat penduduk Palestin itu juga menyaksikan kira-kira 60 penduduk Palestin ditahan dalam siri sekatan dan pemeriksaan di sekitar Baitulmaqdis.

Kawasan Bab al-Rahma di bahagian timur Haram al-Sharif itu ditutup selepas pihak berkuasa Israel mendakwa ia kononnya digunakan untuk aktiviti politik. - Reuters

Artikel Berkaitan: