X

Kindly register in order to view this article
!

Zahid, Ismail Sabri sertai mesyuarat tertutup malam ini

Beberapa Media sedang menunggu di perkarangan tempat letak kereta di Wisma Perwira
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa menyertai mesyuarat yang diadakan secara tertutup di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan.

Sumber mengesahkan, perbincangan tersebut dikatakan mengenai keputusan Ahmad Zahid yang akan menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) minggu ini.

"Mesyuarat ini hanya dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO untuk meminta Zahid tidak membuat keputusan terburu-buru yang akan memberi kesan kepada masa depan parti tersebut," katanya pada Isnin.

Menurut sumber lain, keputusan menarik diri daripada PN adalah tidak sesuai memandangkan negara ketika ini negara sedang melawan pandemik yang memberi impak negatif kepada ekonomi dan rakyat.

"Pemimpin yang hadir mesyuarat ini tidak setuju dengan keputusan menarik diri daripada PN.

"Ini bukan masa yang sesuai kerana Parlimen akan bersidang dalam masa terdekat. Kepentingan kini adalah menyelesaikan masalah Covid-19," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin UMNO berkumpul di PWTC

Untuk rekod, mesyuarat tersebut adalah kali kedua yang diadakan oleh UMNO di mana sebelum ini beberapa ahli parlimen UMNO mengadakan mesyuarat di sebuah rumah di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur namun tidak dihadiri Ahmad Zahid.

Pada Isnin, beberapa pemimpin tertinggi UMNO berada di Ibu Pejabat UMNO itu sejak tengah hari tadi dipercayai bagi membincangkan perkara tersebut.

Antara yang dilihat hadir, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!